Sunday, June 20, 2010

INFO LAWAK : Surat Untuk Ayah

*Bismillahirrahmanirrahim*

salam..
haa..
kali ini epynn nk kongsi satu cite lawak..haha!
selamat membaca..(,^)
____________________________________________________________

Seorang mahasiswa semester akhir menulis surat kepada ayahnya:




=============================================================
Ayah,

Saya merasa tidak selesa kerana terus menerus menulis surat kepada ayah untuk
meminta wang. Saya merasa malu dan sedih. Saya ingin meminta wang sebanyak
Rm1000 dari ayah, walaupun setiap bahagian tubuh saya memberontak. Saya meminta
dengan tulus dari hati saya yang paling dalam, ayah maafkan saya.

Salam dari anakanda,
Sarip.

p/s : Saya merasa berat hati untuk mengirimkan surat ini, jadi saya cuba untuk
mengejar posmen yang mengambil surat ini dari dalam peti surat . Saya ingin
mengambil kembali surat ini dan membakarnya, kerana surat ini pasti menyusahkan
hati ayah. Saya berdoa dalam hati agar saya dapat semula surat ini, tapi sudah
terlambat.

=============================================================

Beberapa hari kemudian dia menerima balasan surat dari ayahnya yang mengandungi
ayat yang ringkas,




=============================================================
Untuk Sarip,

'Nak, doamu sudah dimakbulkan. Suratmu tidak pernah ayah terima'

Dari Ayahmu.

=============================================================

=SEMOGA TERHIBUR= (,^)peace!


=TAMAT=

INFO SEMASA : SELAMAT HARI AYAH

*Bismillahirrahmanirrahim*


Assalamualaikum.
Kepada para pembaca.
Ok..
Hari ini bersamaan 20.06.2010
Masing-masing sudah mengetahui
bahawa hari ini adalah hari bapa.
Lihat sahaja di entri,
Masing-masing mengucapkan hari bapa.
Epynn pun xnak miss saat ini..

Ok..
Untuk Insan Yang Bernama AYAH..



Ayah..
TANPA engkau siapalah diriku..
Tanpa engkau tiadalah aku..
Tanpa engkau bagaimanalah diriku..
Tanpa engkau tidaklah aku jadi diri aku..

Ayah..
ADANYA engkau sebagai ketua keluarga..
Adanya engkau sebagai penjaga..
Adanya engkau sebagai idola..
Adanya engkau sebagai perwira..

Ayah..
AYAH perlukan kesabaran..
Ayah perlukan ketabahan..
Ayah perlukan perhatian..
Ayah perlukan jagaan..



p/s : Hargailah ayah kita..

=AYAH TETAP AYAH=


*TAMAT*

INFO GAMEZ : STARCRAFT 1

*Bismillahirrahmanirrahim*


Kali ini epynn nak kongsi cerita about “game”.
Berdasarkan tajuk mesti semua tahu tentang game ini.
Game ini dulu menjadi kegemaran
bagi budak2 yang jenis lepak cyber café pada waktu itu.
Termasuklah epynn time budak2 dulu..(sekarang pun main lagi.haha..)
Ok..
Imbas kembali..

About Starcraft 1
Starcraft 1 ini ada 3 jenis makhluk :

1.Terran (manusia)



2.Protoss (alien)



3.Zerg (raksasa)



History Starcraft 1
Mengikut cerita terran dan protoss ini menjadi sahabat dan bergabung tenaga
untuk berperang dengan puak zerg !!
namun atas salah paham dan muslihat
terran dan protoss ini berpecah dan menjadi musuh!!

Cheat Starcraft 1
Antara cheat-cheat yang masih dalam ingatan :
Show me the money = tambah duit
Black sheep wall = terangkan map
Food for thought = naikkan populasi
*Banyak lagi tapi takat itu jela yang epynn ingat..
coz itu antara cheat terpenting kalau
nak main tipu..hehe..

Category Starcraft 1
Game ini berunsur strategi.
So, game ini bagus kerana mengajar kita
menentukan cara bagaimana untuk berperang
dengan kelengkapan-kelengkapan yang telah disediakn
dan mengasah kita bagaimana menjadi bijak untuk melakukan
serangan.



p/s : Walaupun game ni sudah lapok dek zaman
tapi masih menjadi pilihan
di pc cyber café sekarang.

=SELAMAT MENCUBA=

*TAMAT*

Saturday, June 19, 2010

INFO AGAMA : Panduan Cara Makan Ikut Sunnah Nabi SAW

*Bismillahirrahmanirrahim*


Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”

Saudara-saudari,

Sebenarnya banyak sekali kebaikan dan kelebihan jika kita mengamalkan sunnah.
Pada setiap amalan sunnah itu ada keberkatan.
Siapa amalkan sunnah, dia pasti akan mendapat 2 keuntungan.
Apa keuntungan itu?

1. Pahala yang berlipat ganda
2. Keberkatan.


Seperti tajuk di atas yang epynn nak kongsikan antaranya :

=SunnaH-SunnaH MakaN=

1. Cara Duduk
-Duduk tahiyat awal tapi lutut kanan dinaikkan.
-Posisi duduknya ialah peha/lutut kanan dinaikkan manakala kita duduk pada bahagian kaki kiri.
-Contoh seperti gambar di bawah :



Kebaikan :
Posisi ini dapat memberikan keselesaan pada perut dan ia menjaga keseimbangan komposisi ruang dalam perut kepada 3 bahagian.
Iaitu 1/3 ruang adalah untuk makanan, 1/3 untuk udara dan 1/3 lagi adalah untuk air.

2.Makan Menggunakan Tangan
-Bukan guna sudu / garfu, bukan guna chopstick.
-Makan guna tangan kanan.

Kebaikan :
Ada kajian membuktikan bahawa, pada tangan / jari kita ni, ada enzim yang 10 kali ganda lebih banyak dari enzim yang ada dalam air liur.
Enzim ini berguna untuk mencerna makanan.

3.Makan Dengan Menggunakan 3 Jari.

4.Baca Doa “Allahumma baariklana………”
-Apabila nampak makanan.

5.Basuh Kedua Belah Tangan & Juga Berkumur-kumur
-Sebelum makan.

Kebaikan:
Paham-paham jela..(hehe)

6.Baca doa “Bismillahiwa’ala barokatillah“
-Sebelum menyuapkan makanan ke dalam mulut.

7.Menjilati Jari-Jari
-Lepas makan.
-Jari yang digunakan untuk mengambil makanan tadi.

Kebaikan :
Hikmah kepada perbuatan ini, kandungan enzim yang ada pada tangan / jari kita tadi akan makin cepat bercampur dengan makanan dan seterusnya memudahkan proses pencernaan.

8.Makan dalam satu dulang yang sama.
-Secara berjemaah.

Kebaikan :
Sebenarnya cara ini akan meningkatkan rasa sayang terhadap sesama kita.
Kalau suami isteri boleh amalkan makan dalam satu dulang, insyaAllah kemesraan akan lebih dapat dirasai dan kita akan jadi lebih saling faham memahami dan saling bertolak ansur.
Amalan makan satu dulang ini juga dapat mengelakkan sebarang pembaziran.

9.Makan Ketika Lapar, Berhenti Sebelum Kenyang.

(*sebenarnya ada banyak lagi cara2 makan sunnah tetapi cukup sini sahaja epynn kongsikan)

=SELAMAT BERAMAL=



*TAMAT*

Muncul Kembali....huhu! (intro)

*Bismillahirrahmanirrahim*

Assalamualaikum...
sy kenalkn diri sy...epynn.

Actually..
epynn baru nk berjinak2 dlm dunia blog ni..(maklumlah junior la katekn..)
kalau ade salahkata harap maafkn..

Disini..
epynn nk aktif kembali dalam dunia blogger ini..
selama ini epynn sibuk dengan masalah3 kehidupan epynn yg asek timbul2 ..tenggelam2 nye x..(tensen tol!)
skrg alhamdulillah tenggelam juga masalah2 tu sume..(amin..)

ehemm..
xlupe juge diucapkn terima kasih kpd cik alynn kerana sggup meluangkn mase beliau untuk mngubah suai rumah(blog) epynn..time kaseh bnyak2 alynn...cntik designnye..hehe..

ok..
pasneh epynn akn cube post kn isu2 yg lebeh menarik dan info2 yg berfaedah kpd para2 blogger
dan sekirenye info2 tersebut suda lapok xsalahkn klau epynn nk ingatkn lik??

=CARING IS SHARING= (hehe..)

*TAMAT*