Saturday, June 19, 2010

INFO AGAMA : Panduan Cara Makan Ikut Sunnah Nabi SAW

*Bismillahirrahmanirrahim*


Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”

Saudara-saudari,

Sebenarnya banyak sekali kebaikan dan kelebihan jika kita mengamalkan sunnah.
Pada setiap amalan sunnah itu ada keberkatan.
Siapa amalkan sunnah, dia pasti akan mendapat 2 keuntungan.
Apa keuntungan itu?

1. Pahala yang berlipat ganda
2. Keberkatan.


Seperti tajuk di atas yang epynn nak kongsikan antaranya :

=SunnaH-SunnaH MakaN=

1. Cara Duduk
-Duduk tahiyat awal tapi lutut kanan dinaikkan.
-Posisi duduknya ialah peha/lutut kanan dinaikkan manakala kita duduk pada bahagian kaki kiri.
-Contoh seperti gambar di bawah :



Kebaikan :
Posisi ini dapat memberikan keselesaan pada perut dan ia menjaga keseimbangan komposisi ruang dalam perut kepada 3 bahagian.
Iaitu 1/3 ruang adalah untuk makanan, 1/3 untuk udara dan 1/3 lagi adalah untuk air.

2.Makan Menggunakan Tangan
-Bukan guna sudu / garfu, bukan guna chopstick.
-Makan guna tangan kanan.

Kebaikan :
Ada kajian membuktikan bahawa, pada tangan / jari kita ni, ada enzim yang 10 kali ganda lebih banyak dari enzim yang ada dalam air liur.
Enzim ini berguna untuk mencerna makanan.

3.Makan Dengan Menggunakan 3 Jari.

4.Baca Doa “Allahumma baariklana………”
-Apabila nampak makanan.

5.Basuh Kedua Belah Tangan & Juga Berkumur-kumur
-Sebelum makan.

Kebaikan:
Paham-paham jela..(hehe)

6.Baca doa “Bismillahiwa’ala barokatillah“
-Sebelum menyuapkan makanan ke dalam mulut.

7.Menjilati Jari-Jari
-Lepas makan.
-Jari yang digunakan untuk mengambil makanan tadi.

Kebaikan :
Hikmah kepada perbuatan ini, kandungan enzim yang ada pada tangan / jari kita tadi akan makin cepat bercampur dengan makanan dan seterusnya memudahkan proses pencernaan.

8.Makan dalam satu dulang yang sama.
-Secara berjemaah.

Kebaikan :
Sebenarnya cara ini akan meningkatkan rasa sayang terhadap sesama kita.
Kalau suami isteri boleh amalkan makan dalam satu dulang, insyaAllah kemesraan akan lebih dapat dirasai dan kita akan jadi lebih saling faham memahami dan saling bertolak ansur.
Amalan makan satu dulang ini juga dapat mengelakkan sebarang pembaziran.

9.Makan Ketika Lapar, Berhenti Sebelum Kenyang.

(*sebenarnya ada banyak lagi cara2 makan sunnah tetapi cukup sini sahaja epynn kongsikan)

=SELAMAT BERAMAL=



*TAMAT*

5 comments:

ubi said...

waaa...gud info..hihi

mR.sYaH said...

informasi yg baik.. :)

EpynN said...

ubi & mr.syah : marilah melakukan bersama..(,^)

noor afzan said...

Rindu nak makan dalam dulang.
huhu~

EpynN said...

noor afzan : tula..skunk ni ade pun time kenduri2 kt kmpung2..tu pun jarang laa..zaman da modenn an?

p/s:try la ngan family..hehe..