Sunday, July 11, 2010
INFO ALAM : FLORIA FESTIVAL 2010
salam..
ha..
kawan-kawan..
kalau korang nak tahu..
semalam telah berlangsungnye..
"FLORIA FESTIVAL"
Tempat : presint 2, putrajaya
Masa :8.00a.m - 10.00pm
Tarikh :10/07/2010 - 18/07/2010
epynn pun turut hadir dalam event ini..
antaranya..
dan banyak lagi..
P/S : Diharuskan datang kesini untuk orang yang meminati landskap2, pokok2 dan bunga2..banyak kreativiti tercetus di sini..
=CINTAI ALAM=
*TAMAT*
Sunday, July 4, 2010
INFO SUKAN : PIALA DUNIA [ FIFA ]
Saturday, July 3, 2010
AWARD FOR [epynn.blogspot.com]
salam..
[luahan perasaan]
pehh..
da lama x update blog..
macam biasalah kawan2..
sering dilanda masalah yang x dijangka..
tapi.
terima kasih kepada kawan2 juga..
kerana sudi melawat blog epynn yg tidak seberapa ini..
terima kasih sangat2 kepada cik alynn terutamanya kerana mencalonkan saya
sebagai blog paling menarik bagi cik alynn..
diharap..
atas sokongan beliau dan kawan2..
dapat memberi semangat kepade epynn
untuk lebih memantapkan lagi blog ini
dengan info2 dan isu2 yang lebih menarik..
=HIDUP BLOGSPOT=
*TAMAT*
Sunday, June 20, 2010
INFO LAWAK : Surat Untuk Ayah
salam..
haa..
kali ini epynn nk kongsi satu cite lawak..haha!
selamat membaca..(,^)
____________________________________________________________
Seorang mahasiswa semester akhir menulis surat kepada ayahnya:
=============================================================
Ayah,
Saya merasa tidak selesa kerana terus menerus menulis surat kepada ayah untuk
meminta wang. Saya merasa malu dan sedih. Saya ingin meminta wang sebanyak
Rm1000 dari ayah, walaupun setiap bahagian tubuh saya memberontak. Saya meminta
dengan tulus dari hati saya yang paling dalam, ayah maafkan saya.
Salam dari anakanda,
Sarip.
p/s : Saya merasa berat hati untuk mengirimkan surat ini, jadi saya cuba untuk
mengejar posmen yang mengambil surat ini dari dalam peti surat . Saya ingin
mengambil kembali surat ini dan membakarnya, kerana surat ini pasti menyusahkan
hati ayah. Saya berdoa dalam hati agar saya dapat semula surat ini, tapi sudah
terlambat.
=============================================================
Beberapa hari kemudian dia menerima balasan surat dari ayahnya yang mengandungi
ayat yang ringkas,
=============================================================
Untuk Sarip,
'Nak, doamu sudah dimakbulkan. Suratmu tidak pernah ayah terima'
Dari Ayahmu.
=============================================================
=SEMOGA TERHIBUR= (,^)peace!
=TAMAT=
INFO SEMASA : SELAMAT HARI AYAH
Assalamualaikum.
Kepada para pembaca.
Ok..
Hari ini bersamaan 20.06.2010
Masing-masing sudah mengetahui
bahawa hari ini adalah hari bapa.
Lihat sahaja di entri,
Masing-masing mengucapkan hari bapa.
Epynn pun xnak miss saat ini..
Ok..
Untuk Insan Yang Bernama AYAH..
Ayah..
TANPA engkau siapalah diriku..
Tanpa engkau tiadalah aku..
Tanpa engkau bagaimanalah diriku..
Tanpa engkau tidaklah aku jadi diri aku..
Ayah..
ADANYA engkau sebagai ketua keluarga..
Adanya engkau sebagai penjaga..
Adanya engkau sebagai idola..
Adanya engkau sebagai perwira..
Ayah..
AYAH perlukan kesabaran..
Ayah perlukan ketabahan..
Ayah perlukan perhatian..
Ayah perlukan jagaan..
p/s : Hargailah ayah kita..
=AYAH TETAP AYAH=
*TAMAT*
INFO GAMEZ : STARCRAFT 1
Kali ini epynn nak kongsi cerita about “game”.
Berdasarkan tajuk mesti semua tahu tentang game ini.
Game ini dulu menjadi kegemaran
bagi budak2 yang jenis lepak cyber café pada waktu itu.
Termasuklah epynn time budak2 dulu..(sekarang pun main lagi.haha..)
Ok..
Imbas kembali..
About Starcraft 1
Starcraft 1 ini ada 3 jenis makhluk :
1.Terran (manusia)
2.Protoss (alien)
3.Zerg (raksasa)
History Starcraft 1
Mengikut cerita terran dan protoss ini menjadi sahabat dan bergabung tenaga
untuk berperang dengan puak zerg !!
namun atas salah paham dan muslihat
terran dan protoss ini berpecah dan menjadi musuh!!
Cheat Starcraft 1
Antara cheat-cheat yang masih dalam ingatan :
Show me the money = tambah duit
Black sheep wall = terangkan map
Food for thought = naikkan populasi
*Banyak lagi tapi takat itu jela yang epynn ingat..
coz itu antara cheat terpenting kalau
nak main tipu..hehe..
Category Starcraft 1
Game ini berunsur strategi.
So, game ini bagus kerana mengajar kita
menentukan cara bagaimana untuk berperang
dengan kelengkapan-kelengkapan yang telah disediakn
dan mengasah kita bagaimana menjadi bijak untuk melakukan
serangan.
p/s : Walaupun game ni sudah lapok dek zaman
tapi masih menjadi pilihan
di pc cyber café sekarang.
=SELAMAT MENCUBA=
*TAMAT*
Saturday, June 19, 2010
INFO AGAMA : Panduan Cara Makan Ikut Sunnah Nabi SAW
Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”
Saudara-saudari,
Sebenarnya banyak sekali kebaikan dan kelebihan jika kita mengamalkan sunnah.
Pada setiap amalan sunnah itu ada keberkatan.
Siapa amalkan sunnah, dia pasti akan mendapat 2 keuntungan.
Apa keuntungan itu?
1. Pahala yang berlipat ganda
2. Keberkatan.
Seperti tajuk di atas yang epynn nak kongsikan antaranya :
=SunnaH-SunnaH MakaN=
1. Cara Duduk
-Duduk tahiyat awal tapi lutut kanan dinaikkan.
-Posisi duduknya ialah peha/lutut kanan dinaikkan manakala kita duduk pada bahagian kaki kiri.
-Contoh seperti gambar di bawah :
Kebaikan :
Posisi ini dapat memberikan keselesaan pada perut dan ia menjaga keseimbangan komposisi ruang dalam perut kepada 3 bahagian.
Iaitu 1/3 ruang adalah untuk makanan, 1/3 untuk udara dan 1/3 lagi adalah untuk air.
2.Makan Menggunakan Tangan
-Bukan guna sudu / garfu, bukan guna chopstick.
-Makan guna tangan kanan.
Kebaikan :
Ada kajian membuktikan bahawa, pada tangan / jari kita ni, ada enzim yang 10 kali ganda lebih banyak dari enzim yang ada dalam air liur.
Enzim ini berguna untuk mencerna makanan.
3.Makan Dengan Menggunakan 3 Jari.
4.Baca Doa “Allahumma baariklana………”
-Apabila nampak makanan.
5.Basuh Kedua Belah Tangan & Juga Berkumur-kumur
-Sebelum makan.
Kebaikan:
Paham-paham jela..(hehe)
6.Baca doa “Bismillahiwa’ala barokatillah“
-Sebelum menyuapkan makanan ke dalam mulut.
7.Menjilati Jari-Jari
-Lepas makan.
-Jari yang digunakan untuk mengambil makanan tadi.
Kebaikan :
Hikmah kepada perbuatan ini, kandungan enzim yang ada pada tangan / jari kita tadi akan makin cepat bercampur dengan makanan dan seterusnya memudahkan proses pencernaan.
8.Makan dalam satu dulang yang sama.
-Secara berjemaah.
Kebaikan :
Sebenarnya cara ini akan meningkatkan rasa sayang terhadap sesama kita.
Kalau suami isteri boleh amalkan makan dalam satu dulang, insyaAllah kemesraan akan lebih dapat dirasai dan kita akan jadi lebih saling faham memahami dan saling bertolak ansur.
Amalan makan satu dulang ini juga dapat mengelakkan sebarang pembaziran.
9.Makan Ketika Lapar, Berhenti Sebelum Kenyang.
(*sebenarnya ada banyak lagi cara2 makan sunnah tetapi cukup sini sahaja epynn kongsikan)
=SELAMAT BERAMAL=
*TAMAT*
Muncul Kembali....huhu! (intro)
Assalamualaikum...
sy kenalkn diri sy...epynn.
Actually..
epynn baru nk berjinak2 dlm dunia blog ni..(maklumlah junior la katekn..)
kalau ade salahkata harap maafkn..
Disini..
epynn nk aktif kembali dalam dunia blogger ini..
selama ini epynn sibuk dengan masalah3 kehidupan epynn yg asek timbul2 ..tenggelam2 nye x..(tensen tol!)
skrg alhamdulillah tenggelam juga masalah2 tu sume..(amin..)
ehemm..
xlupe juge diucapkn terima kasih kpd cik alynn kerana sggup meluangkn mase beliau untuk mngubah suai rumah(blog) epynn..time kaseh bnyak2 alynn...cntik designnye..hehe..
ok..
pasneh epynn akn cube post kn isu2 yg lebeh menarik dan info2 yg berfaedah kpd para2 blogger
dan sekirenye info2 tersebut suda lapok xsalahkn klau epynn nk ingatkn lik??
=CARING IS SHARING= (hehe..)
*TAMAT*
Monday, March 22, 2010
no sweat!!!
Thursday, March 18, 2010
akhirnye!!! dapat jugak pergi gatsby deodrant street fair!!!
hari nie aku bukak email...
tibe2 ternampak nuffnang...ape lagi..cepat2 ler aku bukak then nak tau ape???
jeng222...
klik klau nk bace...
walaupun blog aku nie x la ramai owang follow...x ramai orang tau.x de la berderet2 comment..tp nuffnag still jemput aku...thankz nuffnang!!!
p/s: hooney mst suke sgt kan??
Saturday, March 13, 2010
DUIT??
kenapa DUIT penting di muka bumi ni??
tanpa DUIT manusia susah??
manusia sanggup buat apa saja demi kerana DUIT??
DUIT??
kerana DUIT manusia boleh berubah??
dari miskin ke kaya??
dari lapar ke kenyang??
dari susah ke senang??
dari nafsu ke kepuasan??
DUIT??
bagaimana cara nk dapatkn duit??
ada 2 cara??
cara betul dan cara salah??
terpulang kepada manusia itu sendiri cara mana nk dapatkn DUIT??
DUIT??
janganlah manusia hidup hanya semata mata kerana DUIT??
kerana DUIT adalah..
Dunia Untuk Insan Tamak
Thursday, March 11, 2010
“Saya ingin ke Gatsby Deodorant Street Fair”
salam................
yahhhhhh..
mmg aku mahu pegi..nie la yg dikatakan projek empat ratus!!!
Venue : ruang legar, Ground Floor Berjaya Timesquare, Kuala Lumpur
semua peserta yang terlibat dan mengambil bahagian dalam permainan layak untuk menyertai cabutan bertuah. Antara hadiah-hadiah yang bakal dimenangi melalui cabutan bertuah adalah barangan elekteronik, komputer,telefon bimbit dan baucar tunai berjumlah lebih dari RM 15,000!
acara ape??
bertempat di ruang legar Berjaya Timesquare KL di mana kesemua peserta Projek 400 akan menghadiri ‘Street Fair’ ini bersama. Terdapat pelbagai gerai mainan yang akan didirikan semasa ‘Street Fair’.
cara nak pegi??
menaiki monoril..
-Naik dan gunakan perkhidmatan KL Monorail daripada Stesen KL Sentral menghala ke Stesen Imbi
-Berhenti di Stesen Imbi
-Stesen Imbi terletak betul-betul di hadapan Berjaya Timesquare
ok nie adalah alamatnye bagi sesiapa yg mahu pergi.
jom ramai2 pegi!!! JOM HEBOHHHHH!! eheheh..
sekiranya anda masih buntu mencari event tersebut :
1.event tersebut berada di TIME SQUARE tingkat bawah (ala masuk je tgk bising2 tu betol la tu).
2.TIME SQUARE bangunannye warna coklat dan berkembar ( lau dari jauh ternampak bangunan yg ciri2nye same camneh tol la tu).
3.bersebelahan ngan penjara pudu ( lau anda tau jalan menuju ke penjara pudu mknanya anda semakin hampir! )
4.berdekatan ngan sungai wang dan loyat(kedai jual2 barang komputer)
Friday, March 5, 2010
Monday, March 1, 2010
kawan vs sahabat...
kadang2 aku terpikir...perlukah kawan...
kawan yang mana harus aku pilih...
hidup berkawan terlalu sukar bagi aku...
aku kah yang tidak memahami erti persahabatan atau mereka yang bergelar kawan tidak pernah menghargai persahabatan...
pada aku..cukup aku di pergunakan...di perkotak katik kan...
itu sume kerana kawan...
aku tersalah pilih kawan????
entah la..aku sendiri malas untuk tafsirkan...
bila bersama sahabat aku tiada kawan...
bila tiada sahabat aku ramai kawan...
jauh beza sahabat dengan kawan..
terlalu jauh...itu yg membuatkan aku serik utk berkawan dan bersahabat....
hanya bersama die yg aku anggap kawan, sahabat dan kekasih....
Wednesday, February 10, 2010
contest sejauh mana si dia mencintai diriku?
salam...
ok..nie adalah contest yg pertama aku sertai dalm dunia blog nie..itu pun atas cabaran yg diberikan oleh 'cinta' tp sebenarnye mmg aku nk join pon contest nie..x ujud keadilan la klau die jek tunjukan surat2 aku...aku pon nk tunjuk surat2 dari die..ok..trus jek ke contest neh..aku yakin n3 kali nie amat la panjang..
atas tu antara surat2 yg die bg...wahhh honey......hehehe
surat kedua: mase hari raya..tp dr gambar surat..x macam kad hari raya..mcm kad hari kekasih pulak...hahaha..apelah honey nie....
kad kali ni lebih kepada pantun kot???tah la..hahaha...boley kot masukan???
cinta itu suatu yg misteri,
hadirnya tanpa disedari,
dari mata turun ke hati,
dugaan rintangn onak dan duri.
cinta tidak perlu dicari,
ianya datang dengan sendiri,
terasa perubahan di dalam diri,
setiap masa ternanti-nanti.
siapakah putera bertaktha di hati,
mengamit cinta seorang puteri,
benih cinta bersemi di hati,
tidur malam termimpi-mimpi.
15 ogos 2008 tarikh keramat,
hooney dan sayang ditemukan,
hati ini rasa bahagia yg amat,
bila cinta dan syg diucapkan.
25 april,2 november,
tarikh lahirku dgn sidia,
wahai syg ingin ku citer,
bahwa engkaulah orang yg ku cinta...
bertukar gambar bertukar ciuman,
bertukar hati tak mugkin sekali,
walaupun kita akan berjauhan,
tetapi dirimu tetap dihati.
setahun lebih kita bersama,
pelbagai dugaan kita jalani,
inginku coretkan bersama,
pelbagai kenangan yg bakal kite tempuhi.
bulan puase bulan mulia,
hari raya bakal menjelma,
ampun maaf hooney meminta,
agar dirimu sejahtera selamanya......
surat or kad yg terakhir: time nih die bg coz saje2 jek kot??tah la..hehehe..thankz hooneykusyg..
part 1 dlm surat:
dua jiwa menjadi satu hati..dikau jauh membuatku rindu..aku perlukanmu syg..aku rindukan belaianmu...
hatiku rugsing dikala kau jauh..bukan bermaksud aku tidak mempercayai dirimu..tetapi aku ingin kau sentiasa bersamaku.....tiap waktu dan saat kau akan berada disampingku...
syg....di kala dikau jauh..aku terasa kesorangan...
syg..sesungguhnya aku amat perlukan dirimu...aku amat perlukan kasih sygmu...
syg...honey cintakan syg...hny syg..
hnye syg honey mahukan selama hayat honey...
part 2 dlm surat:
dalam kerinduan kta bertemu lagi..
aku sentiasa memikirkan drimu setiap masa..
hatiku untukmu..begitu juga dengan hatimu..hanya utkku..
aku yakin suatu hari nanti kita pasti akan di satukan...hanya kau milikku..dan aku milikmu....
part 3 dalam surat:
setiap kata2 yg terindah kau lafazkan...aku sentiasa menyimpannya di dalam hati..setiap senyuman yg terukir diwajahmu..membuat diriku di alam kayangan.. setiap pelukkan hangat darimu..memberi seribu kebahagiaan dalam hubungan kita..cintailah diriku sejujurnye seperti aku mencintai dirimu..luka hatiku kembali terubat pabila kau hadir menyinari hidupku...pabila kita berdua aku terasa dunia ini millik kita..pabila kita berdua ia lebih baik agar cinta yg kita semai mekar dihati..hanya padamu..ku serahkan segalanya..aku yakin kau tercipta untukku..sesungguhnya cintamu terukir dihati ini..cinta dalam hati yg sebenarnya cinta sejati...kenangan demi kenangan memberi seribu kemanisan..aku lebih tahu dirimu menyayangi diriku..aku pasti hanya seorang sahaja insan yang bertakhta di hati ini...itu kamu!!i love u syg!!!!!
ok..tu je...padan muke honey..jiwang sgt....abg show sume yg jiwang2...hahaha...tp abg syg honey..ingat tu....
hope boley join contest nie..yela sebelum nie x pnh jengok blog penganjur..natasha-e1..
Thursday, January 14, 2010
Jom Try Tmbh Duit,Kena Tipu Pun Xpe,Benda Ni Msuk Xyah Byr..
haaaa, nie die...sambil on9, sambil cari duit..
beri saya masa 5 minit je boleh? mari sertai saya di catcheyes..
Jom!!
Catcheye adalah sebuah syarikat pengiklanan terbaru di Malaysia,
apa yang menariknye anda dibayar untuk setiap iklan yang anda lihat disini,
Ya, mudah saja, klik2 iklan tak sampai seminit dah dapat duit,
malah mereka membayar kita sehingga level 4 secara infiniti..
sehinggalah 4 level, tahu tak awak akan peroleh RM11 jika
sehari mereka klik untuk 1 iklan, kalau sehari mereka klik 10x anda
peroleh RM11x10=RM110 jika sebulan anda akan peroleh RM110x30=
banyak tu .. awak tak nak ke? ayohlah sertai saya..benda ni 100%
percuma..tak perlu modal cuma perkenalkan kepada 10 orang je..
Benda free xkan tak boleh ajak..
untuk maklumat awak,keahlian catcheye telah
mencecah 28,861 orang sekarang.. jangan berlengah lagi..Ini bukan
penipuan..
Cara nak register:
1.klik link yg kt bwh skali...
2.klik join catcheye now
3.isi maklumat diri,IC dan alamat (penting
sebab cek dihantar berdasarkan ini selepas cukup RM50)
4.Isi jawapan:
soalan 1 jawapan A (atas sekali),
soalan 2 jawapan B (yang tengah),
soalan 3 jawapan A (atas sekali).
p/s (jika jawab salah pendaftaran tidak diterima)
5.klik agree and proceed..Ok
siap
kemudian apa perlu buat?
1.klik sign in
2.lepas sign in klik reward panel
3.Awak lihat akaun awak ade RM1 (bonus) dan link awak.
4.Lihatlah tak sampai sebulan awak dah ade 10 orang di level 1.
percayalah!
klik, klik, klik
kt bwah nie..
[joincatcheye]